Dari latihan industri secara langsung hingga pembangunan kemahiran profesional, program kami membekalkan individu dan perniagaan dengan alat yang mereka perlukan untuk berjaya.
Pacific Global Resources PLT, dengan kerjasama Syarikat STS Master Solutions Sdn Bhd yang berpusat di Johor Bahru, telah memberi penerangan kepada pelajar Institut Temerloh mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat itu. Syarikat ini menawarkan peluang pekerjaan di dua lokasi, iaitu Honda Malaysia Sdn Bhd di Alor Gajah dan Alikom CMS Sdn Bhd di Cheng, Melaka. Encik Khairul Nidzam memberikan penerangan mengenai bidang Automotif dan Pembungkusan, sekaligus memberi peluang kepada 72 pelajar yang akan menamatkan pengajian pada bulan Jun ini untuk mendapatkan pekerjaan sebelum tamat pengajian.
Pacific Global Resources PLT, dengan kerjasama Syarikat STS Master Solutions Sdn Bhd, telah mengadakan taklimat dan temu ramah yang dilancarkan oleh Encik Rosidi Bin Saari. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat, yang menyediakan peluang pekerjaan di dua syarikat, iaitu Honda Malaysia Sdn Bhd di Alor Gajah dan Alikom CMS Sdn Bhd di Cheng, Melaka. Encik Rosidi Bin Saari turut memberi penerangan kepada pelajar IKM Kuala Lumpur mengenai bidang Automotif, Pengecoran, dan Pembungkusan. Hanya 7 daripada 100 orang yang terpilih untuk menjalani latihan industri, memberikan peluang kepada pelajar yang akan menamatkan pengajian untuk menimba pengalaman.
Pacific Global Resources PLT, dengan kerjasama STS Master Solutions Sdn Bhd yang berpusat di Simpang Ampat, Melaka, telah mengadakan taklimat dan wawancara di Yayasan Pelajaran Johor dan Pusat Bertauliah Sayong Didik Sdn Bhd untuk memberi penerangan kepada pelajar mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Syarikat ini menawarkan peluang pekerjaan di dua syarikat, iaitu Honda Malaysia Sdn Bhd di Alor Gajah dan Alikom CMS Sdn Bhd di Cheng, Melaka. Encik Rosidi Bin Saari memberikan taklimat kepada pelajar dalam bidang Automotif dan Pembungkusan, dan secara tidak langsung, taklimat induk oleh STS Solutions Sdn Bhd turut memberikan sedikit penerangan mengenai Honda. Program ini memberi peluang kepada pelajar yang akan menamatkan pengajian untuk memperoleh pengalaman dan pengetahuan praktikal yang telah mereka pelajari.
Pacific Global Resources PLT, dengan kerjasama Malaysian Sheet Glass Sdn. Bhd. (NSG Group), telah mengadakan taklimat dan sesi temuduga bagi pengambilan pekerja untuk bulan November dan Disember 2021. Seramai 35 orang telah hadir ke sesi temuduga siri 1, yang merupakan sebahagian daripada karnival kerjaya ini, memberi peluang kepada penduduk setempat dan luar kawasan untuk memperoleh pekerjaan sebagai operator dan juruteknik. Karnival kerjaya ini melibatkan dua sesi, iaitu siri 1 pada 20 November 2021 dan siri 2 pada 11 Disember 2021. Hasil usahasama antara Pacific Global Resources PLT dan MSG Sdn. Bhd., karnival ini turut menarik minat penduduk setempat dan akan diteruskan pada tahun hadapan, memberikan faedah serta kejayaan kepada kedua-dua pihak yang berkepentingan.
Gombak, 11 November 2021 – Pacific Global Resources PLT, STS Master Solutions Sdn Bhd, dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak, telah mengadakan taklimat kerjaya dan peluang pekerjaan kepada peserta. Taklimat ini melibatkan seramai 50 orang peserta di kalangan belia, bersama keluarga mereka yang turut hadir untuk mendengar penerangan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan.
Video rujukan : https://fb.watch/9e798Np16t/
Pacific Global Resources PLT, Malaysian Sheet Glass Sdn. Bhd. (NSG Group), dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara, telah mengadakan taklimat dan sesi temuduga bagi pengambilan pekerja untuk bulan November dan Disember 2021. Kerjasama ini memberi peluang kepada golongan gelandangan untuk mendapatkan pekerjaan, serta memberi harapan dan sinar baru dalam melangsungkan kehidupan mereka. Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh kerajaan untuk membantu golongan tersebut, dan oleh itu, Pacific Global Resources PLT dan MSG Sdn. Bhd. mengambil peluang ini untuk menyokong dan menjayakan usaha kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Dianjurkan oleh myfuturejobs, menyediakan peluang pekerjaan untuk graduan dari semua institusi di kawasan Melaka, penganggur, dan latihan industri.
Dianjurkan oleh myfuturejobs dan Honda (M) Sdn Bhd, menyediakan peluang pekerjaan untuk kawasan Johor.
Bekerjasama dengan Jabatan Parol dan Perkhidmatan Komuniti Melaka Tengah yang dianjurkan oleh PERKESO MELAKA. Taklimat pekerjaan untuk semua cawangan sebelum pengambilan pekerja bermula.
Kerjasama dengan ECOLE8, sebuah syarikat yang menyediakan platform untuk peluang pekerjaan sambil mengikuti kursus dan menerima penajaan daripada MARI.
Memberikan maklumat mengenai pekerjaan untuk cawangan Melaka, Bangi, Sg. Buloh, Meru, dan Bukit Mertajam. Setelah taklimat, memberi peluang kepada graduan untuk memilih pekerjaan yang sesuai dengan kursus mereka.
Briefing and interview graduation in the automotif courses for job opportunities at Honda (M) Sdn Bhd.
Temuduga, pendaftaran dan taklimat untuk beberapa institusi sebelum memulakan latihan industri.
Pacific Global Resources PLT ialah syarikat milik 100% Bumiputera yang menawarkan perkhidmatan tenaga kerja pakar, perundingan sumber manusia, dan penyelesaian perdagangan global sejak tahun 2020.
09:00 Am - 5:00 Pm
© 2025 PACIFIC GLOBAL LTD.